PAMERAN DAN PERTANDINGAN SENI KHAT 2018


Pameran dan pertandingan Seni Khat 2018, sekali lagi dianjurkan sempena Madhinah Ramadhan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada 2-4 Jun 2018 bersamaan 17-19 Ramadhan 1439 H.
Pertandingan Seni Khat 2018 adalah pada 2 Jun 2018 bermula jam 8.30 pagi - 3.00 petang.

Pertandingan kali ini terdapat sedikit kelainan dan perubahan apabila hanya membuka satu (1) kategori pertandingan sahaja tetapi dibahagikan kepada tiga (3) jenis penyertaan, iaitu,
 Kategori Spontan:
       Dewasa (18 tahun ke atas)
       Pelajar Sekolah Menengah ( 13 - 17 tahun)
       Pelajar Sekolah Rendah (12 tahun ke bawah)
Soalan Pertandingan
Buat pertama kalinya, penganjuran pertandingan ini membuka peluang kepada Pelajar Sekolah Rendah untuk turut serta.
 Hadiah-hadiah tunai yang lumayan menanti pemenang-pemanang.



Tujuan utama penganjuran pertandingan sabagai salah satu penggalak kepada masyarakat untuk mendalami dan juga mencintai tulisan jawi yang dikatakan tulisan Al-Quran. Secara tidak langsung, kemahiran seni khat ini dapat dikekalkan dan seterusnya diwarisi kerana ia merupakan satu seni yang indah dan unik.

Bagi mereka yang berminat bolehlah mendapatkan borang penyertaan di Perbadanan Muzium Negeri Kelantan atau kunjungi FB Muzium Kelantan. Muat turun borang penyertaan dan hantar terus melalui serahan tangan, emel ataupun faks kepada Muzium Negeri Kelantan.

Syarat-syarat pertandingan serta jadual pertandingan ada dinyatakan di dalam borang penyertaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peranakan Cina Di Kelantan

PAMERAN CIPTAAN SAINTIS ISLAM: MERUNGKAI ASAL USUL TEKNOLOGI HARI INI