PAMERAN CIPTAAN SAINTIS ISLAM: MERUNGKAI ASAL USUL TEKNOLOGI HARI INI
Masih berbaki beberapa hari sahaja lagi. Pameran
Pendidikan Perdana III: Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam, Merungkai Asal Usul Teknologi Hari Ini akan melabuhkan
tirainya. Bukan sengaja tidak mahu bercerita tetapi ruang kesempatan untuk
menulis menjadi batas bagi memberitahu berita.
![]() |
Pintu masuk ke Pameran Pendidikan Perdana III |
![]() |
Galeri Pameran |
![]() |
Galeri Pameran |
19 produk pameran dibina semula dalam erti kata lain dibuat replikanya untuk tontonan umum. Agar mesej yang ingin disampaikan dapat diterima oleh pengunjung. Kepakaran dan kreativiti daripada pelajar dan pensyarah universiti tempatan iaitu UMK dan UiTM Kelantan turut digunakan bagi menjayakan pameran yang berilmu ini.
Menara Jam Gajah,
Al- Jazari.
Al- Jazari.
![]() |
Replika Menara Jam Gajah |
Pakaian Perang,
Empayar Uthmaniah
![]() |
Pakaian Perang Tentera Uthmaniah |
Pakaian lengkap terdiri:
i. Chichak - topi besi
ii. Krug - baju besi bahagian dada sehingga perut
iii. Zirah/Xirah - baju besi berbentuk seperti jaket kebal
iv. Qolluk - perisai bahagian lengan
v. Dizchek - perisai bahagian betis
vi. Qalchak - perisai bahagian paha hingga kaki
Dilengkapi juga dengan senjata:
i. Qilij - pedang
ii. Yatagan - pisau tajam
iii. Senapang Musket untuk mempertahankan diri.
![]() |
Torpedo yang berbentuk seperti telur |
Mesin Penerbangan,
Abbas Ibnu Firnas
![]() |
Replika Mesin Penerbangan Abbas Ibn Firnas |
Beliau telah mencipta satu mesin terbang yang berupa sayap
diperbuat daripada rangka kayu, sutera serta bulu helang. Beliau menggantungkan
dirinya di bawah sayap mesin terbangnya itu dan mengawal pergerakan sayap. Beliau melompat dari tempat yang tinggi dan akhirnya meluncur di udara untuk seketika. Namun
beberapa percubaanya telah mengakibatkan beliau cedera. Akhirnya, beliau
menemui teori ornithoper yang menentukan kestabilan di dalam penerbangan. Teori
inilah yang digunakan oleh adik beradik Wright dalam mencipta mesin terbang
mereka.
Meriam Dardanelles,
Munir Ali
![]() |
Replika Meriam Dardanelles |
Salah satu lagi ciptaan orang Islam dalam dunia
ketenteraan dan peperangan. Meriam ini telah digunakan untuk mempertahankan Kota Istanbul dari
serangan musuh. Meriam ini dikatakan begitu hebat apabila mampu menembak
sejauh 1.6 km. Jarak yang begitu jauh buat masa itu.
Kopi and Qahwa,
Menariknya tentang kopi
ini adalah, di Mekah, Mesir dan Istanbul, pelbagai cubaan dilakukan untuk mengharamkan
kopi oleh majlis agama tempatan. Ini kerana ada ulama tempatan mengatakan kesan
minuman kopi adalah lebih kurang sama dengan kesan alkohol. Namun begitu
setelah mengkaji prinsip dasar Islam, ahli jemaah
ulama telah sebulat suara mengisytiharkan kopi adalah halal dan
dibenarkan.
![]() |
Replika peralatan dalam pembuatan kopi yang masih digunakan sehingga hari ini di Turki |
Alat Pembedahan,
Al
Zahrawi
![]() | |
Replika alat pembedahan Al-Zahrawi |
Pam Air Atau Kincir Air,
Al-Jazari
![]() |
Replika saiz kecil kincir air |
![]() |
Replika kincir air |
Kapal Harta,
Laksamana Cheng Ho.
![]() |
Replika Kapal Pelayaran Laksamana Cheng Ho yang lebih dikenali sebagai Kapal Harta. |
Telah ramai
yang mengetahui bahawa, Laksamana Cheng Ho merupakan seorang Muslim dan telah
melakukan pelayaran-pelayaran yang besar. Namun yang paling tersohor ceritanya
adalah tentang pelayaran kapal harta yang berukuran lebih 400 kaki. Memiliki 12
layar,(3 tidak bertiang). Pelayaran ini adalah antara pelayaran yang terbesar
dan disertai oleh 200 – 300 buah kapal yang lain dan 28 000 anak kapal yang
terlibat.
Kuadran,
Taqi ad-Din.
Taqi ad-Din.
![]() |
Replika Kuadran |
Kamera Pin Hole,
Al - Haitham
Al - Haitham
Kamera Obscura
atau ruangan gelap merupakan prinsip kamera yang ditemui oleh Al Haitham
dan Kamaluddin Al Farisi. Mereka mendapati bahawa imej yang dipancarkan melalui
lubang kecil terbalik. Prinsip inilah yang telah diguna pakai sehingga ke hari untuk membuat kamera termasuklah penghasilan kamera digital.
![]() |
Replika kamera Pin Hole |
![]() |
Cahaya disuluh ke dalam ruangan gelap |
![]() |
Keadaan 'A' dalam keadaan terbalik dan dipancarkan cahaya |
![]() |
Imej 'A' yang terbentuk dalam keadaan menegak |
Taj Mahal
Dan Manuskrip Moghul,
Maharaja Shah Jahan
Maharaja Shah Jahan
![]() |
Replika Manuskrip Moghul |
![]() |
Replika Taj Mahal |
Jam Graviti,
Taqi Ad-Din
![]() |
Replika Jam Graviti |
Fesyen 4 Musim,
Ziryab
Ziryab telah
mengubah konsep berpakaian di kalangan lelaki dan wanita mengikut
empat musim dalam setahun. Beliau turut memperkenalkan pakaian musim
panas dan musim sejuk dengan tarikh yang tepat untuk
dipakai. Beliau turut memperkenalkan gaya musim lain di antaranya
(musim luruh dan musim bunga). Warna pakaian turut diinspirasikan
oleh warna-warna alam dari musim berkenaan. Bahan kain yang
berbeza diperkenalkan bagi setiap musim.
![]() |
Antara pakaian-pakaian cetusan idea oleh Ziryab |
Astrolab,
Umar Ibn Yusuf
Secara amnya, astrolabe
mempunyai pelbagai fungsi dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia
hari ini.
![]() |
Replika Astrolab |
Konsep Penyulingan Pewangi,
Jabir Ibn Hayyan.
![]() |
Antara alatan untuk penyulingan munyak wangi |
![]() |
Antara yang dipamerkan |
Muzik Tamadun Islam,
Al Kindi Al Farabi
Alat muzik oud
ini tersebar luas ke seluruh Timur Tengah, Afrika Utara, Andalusia dan
Asia Tenggara setelah kedatangan Islam. Oud mula dikaji dan
didokumentasikan secara ilmiah oleh ahli falsafah, matematik, doktor
perubatan dan pemuzik Yaaqub ibn Ishaq al-Kindi (801-873) di dalam kitabnya
Risala fi-l-Luhun wa-n-Nagham. Al-Kindi telah menambah tali kelima
kepada alat ini dan mempercayai bahawa muzik boleh dijadikan
sebagai terapi perubatan.
![]() |
Gitar dan Oad |
(Penerangan diambil dari penerangan panel info Pameran Pendidikan Perdana III: Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam, di Muzium Negeri Kelantan)
Dalam semua aspek, peperangan, sosial, pendidikan, perubatan, dan juga pelayaran semuanya dipelopori oleh Saintis Islam. Semestinya umat Islam hari ini perlu berbangga bahawa teknologi hari ini tercetusnya idea daripada mereka, saintis Islam.
Pameran seperti ini sedikit sebanyak membuka mata umat Islam bahawa kita adalah umat yang dianugerahkan kebijaksanaan akal yang tinggi.
Selepas ini pameran akan mula bergerak ke suluruh Malaysia dalam usaha dakwah dan penyebaran ilmu kepada semua.
Terima kasih kepada yang menyokong dan sehingga berjumpa lagi.
Ulasan
Catat Ulasan