Peranakan Cina Di Kelantan
Tulisan ini sekadar catatan biasa sahaja. Sempena dengan
Pameran yang sedang berlangsung, maka diceritakan serba sedikit kisahnya. Kisah
Ore Cino Kito.
Masyarakat
Cina di Kelantan boleh dibahagikan kepada dua iaitu Cina Bandar dan juga
Cina Kampung. Namun apabila disebut Peranakan Cina Kelantan ia
lebih merujuk kepada masyarakat Cina Kampung. Menurut kepada penceritaan
serta tulisan pengkaji sejarah, hubungan antara Kelantan dan China telah
terbentuk sejak dahulu lagi. Hal ini melihat kepada catatan pedagang-pedagang
China yang pernah menyebut negeri ‘Kou-Lo-Tan, atau Ho-Lo-Tan. Ahli sejarah
percaya bahawa nama yang disebut-sebut itu merupakan negeri Kelantan.
![]() |
Pameran di Muzium Negeri Kelantan |
Tidak
perlu diceritakan tentang sejarah kerana ahli sejarah yang lebih arif telah
banyak mendedahkannya. Sedangkan penulis, mengetahui sejarah melalui pembacaan
sahaja. Tidak sampai ke tahap turun ke lapangan mencari bahan bukti. Tetapi
catatan ini ingin berkongsi, tentang masyarakat peranakan Cina Kelantan yang
dikenali.
Ramai yang mengakui bahawa peranakan Cina Kelantan begitu unik. Tidak kira dari segi pakaian, makanan, hiburan, tutur kata bahkan pembinaan kediaman juga unik. Kenapa mereka begitu unik? Ini kerana sikap asimilasi mereka terhadap budaya Melayu membentukkan mereka ini berbeza dengan cina-cina bandar mahupun cina di negeri luar. Pendek kata, mereka ini sebenarnya masyarakat Cina tetapi banyak mengamalkan budaya-budaya Melayu. Pun demikian adat resam dan kepercayaan mereka masih dijaga.
![]() |
Replika pintu gerbang di Pameran Peranakan Cina Kelantan |
![]() |
Ruangan pameran |
Seperkara lagi. Hal ini
barangkali janggal didengari masyarakat luar, tetapi tidak bagi kami. Mereka,
masyarakat Cina, beragama budha, tetapi usah merasa hairan jika, Insyaallah,
Alhamdulillah, Masyaallah, Subhanallah terluah dibibir
mereka. Pertuturan hari-hari dan kehidupan seharian mereka bersama-sama
masyarakat Melayu, menjadikan kalimah ini sering dibaca. Benar,
kalimah-kalimah itu adalah kalimah suci umat Islam, namun dalam konteks ini, ia
menunjukkan bahawa keakraban masyarakat Cina dengan Melayu begitu kuat.
Sehinggakan mereka turut terbawa-bawa dengan ungkapan-ungkapan itu.
![]() |
Panel Pameran |
![]() |
Antara pakaian peranakan Cina Kelantan |

Sikap
saling menghormati itulah yang menjadi kunci keharmonian masyarakat majmuk di Kelantan.
Bangsa Cina menghormati bangsa Melayu dan begitulah sebaliknya. Hari raya,
disambut berkongsi ketupat dan lemang, tahun baharu cina juga turut disambut
berkongsi limau dan kuih bulan. Tiada sebarang masalah. Cuma tahulah batas dan
adat masing-masing. Jangan melampau sehingga menimbulkan perbalahan.
Perbezaan terjadi terletaknya dihati. Buruk sangka dan iri. Cina dan Melayu tak boleh lari. Tetapi diharapkan Cina dan Melayu di Kelantan, kekallah seperti ini. Kata orang Kelantan, bia buleh gi mari. Biarlah orang lain yang nak berperang, jangan kita gadaikan tanah air tercinta. Biar kekal semangat Cik Siti Wan Kembang.
Perbezaan terjadi terletaknya dihati. Buruk sangka dan iri. Cina dan Melayu tak boleh lari. Tetapi diharapkan Cina dan Melayu di Kelantan, kekallah seperti ini. Kata orang Kelantan, bia buleh gi mari. Biarlah orang lain yang nak berperang, jangan kita gadaikan tanah air tercinta. Biar kekal semangat Cik Siti Wan Kembang.
Pakat mari belako, ke pameran Cino Kito, Pameran Peranakan
Cina Kelantan. Berlangsung di Muzium Kelantan, 15 Mac - 15 Jun 2017, 9.00am-5.00pm (Sabtu -Khamis, Jumaat - Cuti)
Ulasan
Catat Ulasan