Catatan

3 DEKAD MENERAJUI PENTADBIRAN NEGERI '1990-2020 KELANTAN, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM'

Imej
Sekarang ini sedang berlangsungnya Pameran 3 Dekad Kelantan Membangun Bersama Islam di Galeri Pameran Muzium Negeri Kelantan. Pameran ini merupakan salah satu acara dalam sambutan 3 Dekad pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 1990 sehingga 2020. Objektif pameran ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi info maklumat berkenaan kejayaan serta perubahan-perubahan yang telah dilakukan kerajaan dalam mentadbir negeri berdasarkan prinsip-prinsip Membangun Bersama Islam. Sejarah pentadbiran awal kerajaan negeri iaitu dari tahun 1990 di zaman pentadbiran Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz sehinggalah kepada pentadbiran Ustaz Mad (Ustaz Dato Ahmad Yaakob) kini, dipamerkan sebagai perkongsian maklumat kepada semua pengunjung.  Selain itu juga,   setiap perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam 30 tahun mentadbiran negeri turut dipamerkan agar masyarakat atau rakyat yang hadir ke pameran ini mengetahui serta mengerti kebaikan dan keprihatinan kerajaan...

PAMERAN DAN PERTANDINGAN SENI KHAT 2018

Imej
Pameran dan pertandingan Seni Khat 2018, sekali lagi dianjurkan sempena Madhinah Ramadhan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada 2-4 Jun 2018 bersamaan 17-19 Ramadhan 1439 H. Pertandingan Seni Khat 2018 adalah pada 2 Jun 2018 bermula jam 8.30 pagi - 3.00 petang. Pertandingan kali ini terdapat sedikit kelainan dan perubahan apabila hanya membuka satu (1) kategori pertandingan sahaja tetapi dibahagikan kepada tiga (3) jenis penyertaan, iaitu,  Kategori Spontan:        Dewasa (18 tahun ke atas)        Pelajar Sekolah Menengah ( 13 - 17 tahun)        Pelajar Sekolah Rendah (12 tahun ke bawah) Soalan Pertandingan Buat pertama kalinya, penganjuran pertandingan ini membuka peluang kepada Pelajar Sekolah Rendah untuk turut serta.  Hadiah-hadiah tunai yang lumayan menanti pemenang-pemanang. Tujuan utama penganjuran pertandingan sabagai salah satu penggalak kepada ...

PAMERAN CIPTAAN SAINTIS ISLAM: MERUNGKAI ASAL USUL TEKNOLOGI HARI INI

Imej
Masih berbaki beberapa hari sahaja lagi. Pameran Pendidikan Perdana III: Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam, Merungkai Asal Usul Teknologi Hari Ini akan melabuhkan tirainya. Bukan sengaja tidak mahu bercerita tetapi ruang kesempatan untuk menulis menjadi batas bagi memberitahu berita. Pintu masuk ke Pameran Pendidikan Perdana III Bermula 1 November 2017 lagi, pameran ini telah dibuka. 1 Mac nanti akan berakhirlah Pameran Pendidikan Perdana Siri ke3. Alhamdulillah, satu lagi siri Pendidikan Perdana yang diadakan oleh Muzium Negeri Kelantan berjaya dilaksana. Kehadiran pengunjung juga memberansangkan. Namun bukan itu yang menjadi ukuran, tetapi ilmu pendidikan di dalam pameran itulah yang penting untuk dibawa pulang serta dikongsikan bersama. Galeri Pameran Galeri Pameran Pameran kali ini memaparkan ciptaan-ciptaan saintis Islam. Malah ciptaan inilah yang menjadi asas kepada ciptaan-ciptaan yang digunakan hari ini. Maka bersesuaianlah dengan tajuk yang diberi, Ke...