Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

PAMERAN CIPTAAN SAINTIS ISLAM: MERUNGKAI ASAL USUL TEKNOLOGI HARI INI

Imej
Masih berbaki beberapa hari sahaja lagi. Pameran Pendidikan Perdana III: Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam, Merungkai Asal Usul Teknologi Hari Ini akan melabuhkan tirainya. Bukan sengaja tidak mahu bercerita tetapi ruang kesempatan untuk menulis menjadi batas bagi memberitahu berita. Pintu masuk ke Pameran Pendidikan Perdana III Bermula 1 November 2017 lagi, pameran ini telah dibuka. 1 Mac nanti akan berakhirlah Pameran Pendidikan Perdana Siri ke3. Alhamdulillah, satu lagi siri Pendidikan Perdana yang diadakan oleh Muzium Negeri Kelantan berjaya dilaksana. Kehadiran pengunjung juga memberansangkan. Namun bukan itu yang menjadi ukuran, tetapi ilmu pendidikan di dalam pameran itulah yang penting untuk dibawa pulang serta dikongsikan bersama. Galeri Pameran Galeri Pameran Pameran kali ini memaparkan ciptaan-ciptaan saintis Islam. Malah ciptaan inilah yang menjadi asas kepada ciptaan-ciptaan yang digunakan hari ini. Maka bersesuaianlah dengan tajuk yang diberi, Ke...