Peranakan Cina Di Kelantan

Tulisan ini sekadar catatan biasa sahaja. Sempena dengan Pameran yang sedang berlangsung, maka diceritakan serba sedikit kisahnya. Kisah Ore Cino Kito . Pameran di Muzium Negeri Kelantan Masyarakat Cina di Kelantan boleh dibahagikan kepada dua iaitu Cina Bandar dan juga Cina Kampung . Namun apabila disebut Peranakan Cina Kelantan ia lebih merujuk kepada masyarakat Cina Kampung . Menurut kepada penceritaan serta tulisan pengkaji sejarah, hubungan antara Kelantan dan China telah terbentuk sejak dahulu lagi. Hal ini melihat kepada catatan pedagang-pedagang China yang pernah menyebut negeri ‘Kou-Lo-Tan, atau Ho-Lo-Tan. Ahli sejarah percaya bahawa nama yang disebut-sebut itu merupakan negeri Kelantan. Tidak perlu diceritakan tentang sejarah kerana ahli sejarah yang lebih arif telah banyak mendedahkannya. Sedangkan penulis, mengetahui sejarah melalui pembacaan sahaja. Tidak sampai ke tahap turun ke lapangan mencari bahan bukti. Tetapi catatan ini ingin berkongsi, tentang masya...