Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

3 DEKAD MENERAJUI PENTADBIRAN NEGERI '1990-2020 KELANTAN, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM'

Imej
Sekarang ini sedang berlangsungnya Pameran 3 Dekad Kelantan Membangun Bersama Islam di Galeri Pameran Muzium Negeri Kelantan. Pameran ini merupakan salah satu acara dalam sambutan 3 Dekad pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 1990 sehingga 2020. Objektif pameran ini tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi info maklumat berkenaan kejayaan serta perubahan-perubahan yang telah dilakukan kerajaan dalam mentadbir negeri berdasarkan prinsip-prinsip Membangun Bersama Islam. Sejarah pentadbiran awal kerajaan negeri iaitu dari tahun 1990 di zaman pentadbiran Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz sehinggalah kepada pentadbiran Ustaz Mad (Ustaz Dato Ahmad Yaakob) kini, dipamerkan sebagai perkongsian maklumat kepada semua pengunjung.  Selain itu juga,   setiap perubahan-perubahan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam 30 tahun mentadbiran negeri turut dipamerkan agar masyarakat atau rakyat yang hadir ke pameran ini mengetahui serta mengerti kebaikan dan keprihatinan kerajaan...